Tuesday 31 December 2013

Selamat Datang 2014 :)





Ternyata detik dan waktu begitu pantas sekali berlalu. Tanpa sedar kini, insan-insan yang masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi telah pun menjejakkan kaki ke tahun 2014. ada yang menamatkan tahun 2013 mereka dengan keluhan, rungutan dan tidak kurang juga, ada yang tidak putus-putus mengucapakan syukur kepada Allah SWT ata segala limpahan rahmat yang tidak terhitung. Jika difikir-fikirkan, adakah pada tirai-tirai penghidupan yang lalu, kita mampu dihimpunkan dalam golongan orang-orang yang beruntung, ataukah sebaliknya?

Jika 2013 mencatatkan kenangan pahit yang sukar untuk dikikis dalam ruang ingatan, tersenyumlah! Katakan pada diri anda bahawasanya kekalahan tersebut bukanlah suatu kesakitan atau bala, bahkan rahmat untuk anda. Katakan pada diri anda bahawa Allah telah mensisipkan hikmah yang mana, hanya anda yang mampu melihat dan mencarinya. Jika pada detik 2012 yang lalu, memoriku lebih banyak mencoretkan peristiwa-peristiwa yang melukakan, namun setinggi-tinggi syukur ke hadrat-Nya, detik 2013 adalah sesuatu yang paling manis dan bermakna untukku. 2013 aku diuji, namun kemudiannya aku sedar betapa manisnya kebangkitan selepas tertewas. Sedarlah bahawa hidup bukanlah tentang berapa kali kita jatuh namun, berapa kali kita mampu bangkit saat jatuh, tersungkur dan tertewas. Nikmat kemanisan sebaik sahaja berjaya bangkit adalah jauh lebih indah, dan rasanya langsung sukar dimengerti berbanding kepedihan tika tertewas. dalam erti kata lain yang lebih mudah, luka ketika jatuh hanyalah secuit tetapi, keindahan selepasnya, tidak mampu digambarkan bahkan dengan untaian kata-kata yang paling indah.

Oleh itu, moga sahaja tirai 2014 mencoretkan lebih banyak kenangan manis dan indah dengan sentiasa berpositif. Allah tidak pernah walau sesaat meninggalkan makhluk-Nya tapi, kita yang kufur nikmat seringkali meninggalkan-Nya. Ingatilah Dia ketika senang maka Dia akan mengingati kita saat kita susah :)

Thursday 17 January 2013

Berubahlah

    
#You Are Who You Think You Are
          "Apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan,apa yang kita cakapkan dan apa yang kita lakukan adalah doa." (Dr. Azizan Osman, Berani 2013)
Hidup adalah satu dimensi untuk kita mencorakkan skrip kehidupan kita sendiri, dengan syarat kita berjaya mengawal minda separa sedar kita supaya berfikir dan bertindak selari dengan apa-apa yang kita inginkan. Letakkan seluruh pemikiran pada titik fokus dan bayangkan kejayaan yang anda inginkan, dengan izin Allah, tidak mustahil satu hari nanti anda akan berjaya merealisasikan khayalan anda tersebut.
      Michael J. Loiser dalam bukunya Law Of Attarction menyatakan, “ Segala perkara-perkara yang kita fikirkan dengan sepenuh perhatian, tenaga, fikiran, sama ada positif atau negatif akan datang dalam kehidupan kita, itulah definisi hukum tarikan. Ia juga bersesuaian dengan apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW bahawa, antara waktu doa yang paling mustajab dan diterima adalah ketika bersujud di sepertiga malam, kerana pada waktu itu, seluruh fikiran kita hanya akan tertumpu pada Allah SWT. Jika dikfikirkan secara logik akal, manusia akan sedar hikmat Allah menganjurkan solat tahajjud pada waktu malam sebagai satu cabang cara untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
         Berbicara kembali tentang Hukum Tarikan, tidak hairanlah manusia yang dalam dirinya hanya dipenuhi dengan tenaga-tenaga bercas negatif hanya akan menarik pelbagai perkara negatif dalam hidupnya seperti masalah, kebencian, keresahan dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, latih minda dan diri anda untuk sentiasa bersangka baik, elakkan merungut, sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Penuhi hati anda dengan apa-apa yang positif untuk membangkitkan aura positif. Lazimnya, aura negatif dan positif begitu mudah terlihat pada wajah seseorang. Orang yang positif akan menampakkan ketenangan, kematangan, dan keluhuran pada raut wajahnya dan begitu juga sebaliknya. Tambahan pula, ini adalah salah satu alternatif untuk kekal awet muda. 
       Firman Allah S.W.T dalam satu hadis qudsi, "Aku adalah apa yang hamba Aku sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama dia mengingatiku." Saudara saudari sekalian, berfikirlah sejenak, apakah kalian mengira kejayaan akan hadir dalam hidup kalian seandainya kalian berfikir tentang kegagalan. Pemikirn ke arah kegagalan seterusnya akan menjurus perasaan dan perbuatan untuk melakukan apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang yang gagal.
   Paling penting, ingat satu perkara, orang yang belayar tanpa tujuan arah, akhirnya tidak akan ke mana-mana. Dia akan belayar mengikut arah angin ke kiri dan kanan, kemudian,buntu dan menyesal. Oleh hal yang demikian, tentukan dan letak matlamat hidup anda hari ini dan ingatlah, matlamat hidup hanyalah untuk mencari keredhaan Allah untuk kehidupan di akhirat kelak. Hidup di dunia hanyalah sementara, saat-saat bahagia nyata akan berlalu jadi, jangan pernah tertipu akannya.Buka mata. Buka minda. Fikir-fikirkanlah. 





Saturday 12 January 2013

My Guitar


#My Guitar <3

See~! That's my guitar. Saya rasa mungkin saya akan habiskan banyak masa saya kali ini dengannya. Huhu.
Minat saya masih lagi dalam bidang seni penulisan, cuma kadangkala seni-seni lain turut mengundang sedikit ruang di hati kecil ini. :)

Sudah pandai atau belum? Hihi, saya masih lagi sedang belajar. Bila difikirkan kembali, terlalu banyak benda dalam dunia ni yang masih belum kita cuba terokai dengan sesungguh-sungguhnya. Terlalu banyak perkara yang masih boleh dipelajari dan dinikmati. Jadi, jangan lupa intai peluang ya. :)

Terlanjur bercerita, saya sedang mencuri sedikit waktu untuk melakukan apa-apa yang saya cintai sekarang. Apa-pun, saya akan cuba pastikan perkara-perkara tersebut bermanfaat untuk saya kelak. Yang penting, apa pun yang berlaku dalam hidup anda, lihat dari sudut positif dan jangan lupa bersyukur.

Salam sayang,
Feza

Tuesday 1 January 2013

Tatkala Harapan Menyapa.


          Seorang budak lelaki menyalakan empat batang lilin di sebuah bilik gelap. Lalu, terdengarlah lilin pertama bersuara, “Namaku DAMAI. Sayangnya manusia tidak mahu menjaga aku. Mereka lebih suka huru-hara dan melanggar keamanan. Lebih baik aku ati daripada terus memberikan sinar.
Kemudian, lilin kedua pula menyambung, “Namaku IMAN. Sayangnya, tidak ramai manusia mahu mengenaliku. Hiburan duniawi lebih berguna daripadaku. Apalah gunanya aku terus menyala. “ Dan terpadamlah lilin kedua itu. Lilin ketiga pula menyambung, “Namaku CINTA. Tapi manusia tidak menganggapku berguna. Mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri. Tiada guna aku terus menyala.”
Padamlah lilin ketiga itu…

Budak lelaki itu ketakutan, lalu menangis…
       “Apakah yang sudah terjadi? Mengapa hanya satu lilin sahaja yang menyala? Aku tidak mahu begini. Aku takut kegelapan. Sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik ini,” ujarnya tersedu-sedu.
Melihat budak kecil tadi ketakutan, lilin keempat pula bersuara, “ Jangan takut. Selama aku ada, kau tetap mampu menyalakan ketiga-ketiga lilin tadi walaupun sebanyak mana ia padam.”
       “Siapa kau?” Tanya budak itu.
        “Akulah HARAPAN.” Jawab lilin keempat.
Budak itu berhenti menangis. Diambilnya lilin keempat itu lalu, dicucuhnya untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang telah mati tadi. Bilik itu terang-berderang semula. Budak itu tersenyum. Harapan tidak pernah padam sebaliknya, mengembalikan smula cahaya yang telah hilang. :)