Wednesday 1 January 2014

Takut




Terus terang, ketakutan datang menyelubungiku saban ketika. Tidak dapat aku tafsirkan mengapa dan bagaimana kehidupan terus-terusan menakutkan aku. Bahkan, terasa seakan tidak mampu berdiri dalam satu barisan yang sama dengan yang lain. Terasa aku bagai mahu bertapak selangkah demi selangkah ke belakang dan terus berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pamitan. Kenapa? Aku juga tidak mengerti. Bahkan, aku sama sekali tidak mampu mengerti!

Semakin menginjak ke usia remaja, semakin banyak yang aku mengerti tentang hidup yang mana memaksa aku menangis mengenang alangkah indahnya alam impian kanak-kanak, tidak perlu untuk aku berfikir hingga ke saat ini, untuk terus menghadapi dunia. Ya Rabbi, aku malu dengan apa yang sebenarnya telah terjadi dalam hidupku. Meski aku tidak pernah menyesal, jauh sekali menyalahkan takdir. Namun, ada kalanya aku terasa untuk terus ghaib dalam pemikiran setiap orang.

Tidak bahagiakah aku dengan kehidupan kini? Demi Allah, aku teramat-amat bahagia, dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangiku saban ketika, sehingga sanggup berkorban bahkan dengan segenap jiwa raga. Cuma, aku takut, aku takut andai aku tidak berupaya memberi kebahagiaan yang sama. Ya Rahman, kau kuatkanlah hati aku, ajari aku bagaimana caranya untuk aku terus bertahan, ajari aku bagaimana caranya untuk aku beri kebahagiaan yang sama? Aku buntu, Ya Rahman. Tidak aku punya jawapan bagi setiap persoalan yang seringkali berlegar-legar dalam benakku.

Ya Allah, ampuni aku atas segala dosa-dosaku, kesalahanku pada-Mu jua pada segala kezaliman yang tidak pernah lelah aku perbuat. Ampuni aku Ya Allah :(

No comments:

Post a Comment