Tuesday 1 January 2013

Tatkala Harapan Menyapa.


          Seorang budak lelaki menyalakan empat batang lilin di sebuah bilik gelap. Lalu, terdengarlah lilin pertama bersuara, “Namaku DAMAI. Sayangnya manusia tidak mahu menjaga aku. Mereka lebih suka huru-hara dan melanggar keamanan. Lebih baik aku ati daripada terus memberikan sinar.
Kemudian, lilin kedua pula menyambung, “Namaku IMAN. Sayangnya, tidak ramai manusia mahu mengenaliku. Hiburan duniawi lebih berguna daripadaku. Apalah gunanya aku terus menyala. “ Dan terpadamlah lilin kedua itu. Lilin ketiga pula menyambung, “Namaku CINTA. Tapi manusia tidak menganggapku berguna. Mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri. Tiada guna aku terus menyala.”
Padamlah lilin ketiga itu…

Budak lelaki itu ketakutan, lalu menangis…
       “Apakah yang sudah terjadi? Mengapa hanya satu lilin sahaja yang menyala? Aku tidak mahu begini. Aku takut kegelapan. Sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik ini,” ujarnya tersedu-sedu.
Melihat budak kecil tadi ketakutan, lilin keempat pula bersuara, “ Jangan takut. Selama aku ada, kau tetap mampu menyalakan ketiga-ketiga lilin tadi walaupun sebanyak mana ia padam.”
       “Siapa kau?” Tanya budak itu.
        “Akulah HARAPAN.” Jawab lilin keempat.
Budak itu berhenti menangis. Diambilnya lilin keempat itu lalu, dicucuhnya untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang telah mati tadi. Bilik itu terang-berderang semula. Budak itu tersenyum. Harapan tidak pernah padam sebaliknya, mengembalikan smula cahaya yang telah hilang. :)

1 comment:

  1. Siapa yang nyalakan lilin itu? Cerita tak habis lagi la awakk.. :(

    ReplyDelete